
Sabtu lalu kira-kira jam 10:50 malam saya menerima panggilan telefon yang mengejutkan.
Panggilan daripada Rusliza, Eksekutif Pentadbiran Kanan pejabat saya diterima ketika saya berkumpul dengan adik-beradik di kampung.
Menurutnya Nur Syaleza Jaffar, (Eksekutif Pentadbiran) meninggal dunia. Namun laporannya tidak jelas mengenai kematian Syaleza. Penyampai berita, Aminhayat yang menjadi jiran Syaleza ketika saya hubungi selepas itu juga tidak jelas sebab kematian itu.
Pelbagai spekulasi terus bermain di kepala saya selepas pelbagai matlumat yang diterima melalui SMS , FB dan BBM.
Stringer kami, Roslan (Kuala Lumpur) dan Hazrey (Johor) masing-masing bersungguh-sungguh membantu menyalurkan matlumat terkini kepada saya.
Ketika itu rasa hati mahu sahaja pergi ke rumah Allahyarham dan Hospital Sungai Buloh di mana jenazahnya di tempatkan. Namun saya masih berada di kampung menghadiri perjumpaan keluarga dengan adik-beradik dan tahlil arwah emak, yang diadakan setiap tiga bulan.
Roslan Salleh paling awal menghantarkan saya foto termasuk keadaan bilik Allahyarham selepas kematiannya, melalui BBM.